Sunday 28 August 2016

JomRide Genting Highlands dan Lemang To'Ki (28/08/2016)

Ride ke Genting Highlands dan Lemang To'Ki

28/08/2016

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Alhamdulillah, ride hujung minggu bersama-sama Klawang TT riders ke Genting Highlands dan Lemang To'Ki telah terlaksana dengan selamatnya.

 Lebih kurang 8:45 pagi tayar golek dari Petronas Grand Saga II Arah Utara sebelum susur keluar Simpang Balak. Ride kali ini melibatkan 5 riders/moto. Kami tiba di puncak Genting Highland hampir pukul 10:00 pagi.

Petronas Grand Saga II Arah Utara

RV di Petronas Grand Saga II Arah Utara (Exit Spg Balak): Dari Kiri TSR Ipin K8, TSR Abe Jam Brutale, S1000RR, TSR Ard RSV4 dan TSR Wan ZX10R 'Batman'



Kecian kene ambil gambar sendiri. he3x

Awana Uphill

Acara melayan Awana bermula. ZX10R sedang menunggu diikuti RSV4

Acara melayan Awana bermula. K8 pun dah sampai

Acara melayan Awana bermula. Brutale pun dah siap sedia

Awana Uphill: ikut line Brutale vs K8

Awana Uphill: ikut line Brutale vs K8

Awana Uphill: ikut line Brutale vs K8. RSV4 vs ZX10 kat depan dah lesap tu

Awana Uphill: ikut line Brutale vs K8


Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).


Awana Uphill: semua rider dah nak sampai Gohtong Jaya

Gohtong Jaya: semua rider beratur nak layan genting uphill pula

Genting Uphill

Ikut RSV4 kat Genting check point

Genting Uphill: ikut line RSV4

Genting Uphill: kena feng dengan K8 dari dalam. ish3x

Genting Uphill: ikut line RSV4 vs ZX10R

Genting Uphill: ikut line RSV4. ZX10R dah lesap

Genting Uphill: ikut line RSV4. ZX10R dah lesap


Genting Uphill: ZX10R dok tunggu rider-rider slow. kih3x

Genting Uphill: ikut line RSV4 vs ZX10R

Genting Uphill: ikut line ZX10R yang lajuzz ambil selekoh turn 9 tu

Genting Uphill: ikut line ZX10R siap menjeling, 'catch me if u can' he3x



Genting Uphill: ikut line ZX10R dalam kabus nak sampai puncak

Genting Uphill: ZX10 dapat first podium

Genting Uphill: ZX10 first podium. RSV4 dan yang lain dah sampai

Genting Highland: sampai dekat The Coffee Bean

Genting Highland: Parkir moto kat basemen bawah Coffee Bean. Ada grup bikers lain baru sampai

Genting Highland: Sessi berkongsi cerita leferen turn 9.'Zx10R memey lajuzz' kata TSR Abe Jam

Genting Highland: Sessi berkongsi cerita leferen turn 9.  'Zx10rr memey confirm laju didepan' kata TSR Ard.

Genting Highland: Sessi bergambar dulu


Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).


Genting Highlands Pit Stop (Restoran Baru Muhibah)
 Setelah sessi berkongsi cerita leferan dan menyejukkan badan dengan suasana nyaman dan berkabus di puncak genting, beralih pula ke sessi teh tarik roti canai di Restoran Baru Muhibah dalam bangunan parkir APK depan the Coffee Bean yang bersebelahan dengan Stesen Genting Skyway. Restoran mamak ini sebenarnya untuk pekerja-pekerja di Genting Highland.  Dalam gambar tu banyak abang-abang dan kakak-kakak beruniform sedang minum pagi.

Sessi teh tarik roti canai di Restoran Baru Muhibah dalam bangunan parkir APK depan the Coffee Bean.

TSR Wan tengah plan untuk sessi downhill pulak sambil pekena teh tarik roti canai dekat Restoran Baru Muhibah 

Sessi bergambar dekat Restoran Baru Muhibah dalam bangunan parkir APK.

Sessi bergambar TSR Abe Jam dan TSR Ard dengan kereta kabel Genting Skyway.

Giliran saya pula bergambar dengan TSR Ard berlatar belakang kereta kabel Genting Skyway.

Giliran saya pula bergambar dengan TSR Abe Jam berlatar belakang kereta kabel Genting Skyway

TSR Wan sedang memerhatikan grup Mesra Bikers yang mula nak bergerak ke Bukit Tinggi pula.



Genting Downhill
 Dekat pukul 11:00 pagi, kami mula bergerak turun dari puncak Genting Highland untuk ke Lemang To'Ki di Bentong pula.

Genting Highland. Mula gerak turun, masih berkabus lagi.

Genting Highland downhill. Ikut line Brutale vs ZX10R .

Genting Highland downhill. Ikut line Brutale vs ZX10R. Jauh kena tinggal

Genting Highland downhill. Ikut line Brutale vs ZX10R. Nasib baik ada speed bump boleh catch up balik he3x

Genting Highland downhill. Ikut line Brutale vs ZX10R. Dah start nak kena tinggal lagi.

Genting Highland downhill. Ikut line Brutale vs ZX10R. 

Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).



Awana Downhill


Awana downhill. Ikut line K8


Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).




Genting Sempah - Bentong


Awana downhill. Beratur nak masuk LPT pulak

Masuk LPT pulak

LPT ikut line RSV4. Brutale and ZX10R dah lesap

Brutale and ZX10R dok tunggu kat Tol Bentong

Brutale and ZX10R dok tunggu kat Tol Bentong

Keluar LPT ikut susur Bentong ke Lemang To'Ki.



Onboard video, dirakam dengan GoPro (pautan ke Lazada).



Lemang To'Ki Bentong
 Dalam pukul 12:00 tengahari tiba di Lemang To'Ki di Bentong. Apa lagi sessi makan-makan lak pulak. Sudah tentu menunya lemang dengan rendang ayam/daging  dan daging/ayam  bakar. Kedai hampir 'full house', banyak grup bikers dan pengunjung lemang tegar. Masa lalu pekan Bentong tadi memang sesak dengan kenderaan.

Menu kat Lemang To' Ki

Barisan lemang yang akan jadi 'mangsa'

Beratur beli lemang dan rendang. Ayam bakar pun ada.

Beratur beli lemang dan rendang. 

Racer-racer makan lemang, rendang ayam/daging, daging bakar dan ayam bakar tak hengat

TSR Abe Jam sempat ambil gambar. Kat meja belakang tu otai-otai termasuk Datuk Kapten Nik (baju putih).


 Dalam pukul 12:45 tengahari, bersiap-siap nak bergerak balik. Ada rider 'permit' kena sampat rumah sebelum pukul 2:00 tengahari. Kih3x.
Dah kenyang, TSR Abe Jam dan TSR Wan bersiap nak gerak balik la pulak

TSR Abe Jam dan TSR Wan dok bersiap nak gerak balik la pulak

Semua dok bersiap nak gerak balik

Semua dok bersiap nak gerak balik. Sempat lagi TSR Abe Jam posing dulu.

TSR Ipin dan TSR Ard dah siap. TSR Ard buat aksi apa pulak tu.

TSR Ipin dan TSR Ard dah siap. 

Semua dah siap dok atas moto nak tayar golek balik



Route dilalui hari ini:
Alhamdulillah semua selamat sampai rumah. Terima kasih TSR2 semua belanja makan dan juga TSR Wan yg tunjuk line. Fuuu bnyak betul turn 9 naik Genting. Dah bertahun lama rasanya tak layan LPT Karak dan juga Awana/Genting.

TSR Wan siap tanya lagi 'bila nak repeat ride ni lagi'....

Terima kasih melayari blog ini.

Wassalam

Fauzy
Dinukilankan pada 11 Disember 2016


Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

2 comments:

  1. Maaf bertanya tuan,parkir bawah coffee bean tu motor selamat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakkan bikers parkir kat bawah untuk sementara waktu untuk bersantai di coffee bean sebab pihak pengurusan tak benarkan motor parkir hadapan bangunan/sekitar cofeen bean. Dulu ok je. Lama dah tak kesana.

      Delete