Monday 6 February 2017

Klawang Dashboard

KLAWANG INTERNATIONAL CIRCUIT

CUACA:

Jikalau lokasi berubah, taip Kuala Klawang dan 'refresh' page





ROUTE:


Google Map Route

Elevation (Round Trip)

FAKTA:








ONBOARD VIDEO:
Stage 1

Stage 2


Stage 3


Stage 3 Return


Stage 2 Return

Stage 1 Return


STATUS JALAN:

Stage 1 
Route B116 Jalan Sungai Tekali


Dikemaskini pada 10/12/2017
KM2:

Tanah bukit runtuh menyebabkan sebahagian jalan ditutup di Stage 1 dekat KM 2 Jalan Sungai Tekali (dekat hendak sampai Tasik Semenyih) masih belum diperbaiki. Terdapat aliran air turun dari tempat runtuh.


Dekat KM 2 tanah runtuh ditutup dengan penghadang jalan

Dekat KM 2 Terdapat aliran air turun dari tempat runtuh.




Dikemaskini pada 12/03/2017
KM3:
Kerja-kerja pembaikan tanah runtuh selepas KM3 sudah siap sepenuhnya.  Jalan semua sudah berkeadaan baik. Tiada kerja-kerja pembaikan baru.
Selepas KM3 hala Empangan Semenyih. Kerja-kerja pembaikan tanah runtuh sudah siap sepenuhnya

Selepas KM3 hala Empangan Semenyih. Kerja-kerja pembaikan tanah runtuh sudah siap sepenuhnya


Stage 2 
Route B32 Jalan Kuala Kelawang-Semenyih


Dikemaskini pada 12/03/2017
KM34-35:
Kedua-dua lubang sudah di tampal tetapi perlu berhati-hati kerana permukaannya tidak rata atau tar mula tanggal.
Selepas KM35 hala Kuala Kelawang. Sudah di tampal tar 

Selepas KM35 hala Kuala Kelawang. Sudah di tampal tar tetapi sudah mula tanggal.


Selepas KM34 hala Semenyih. Sudah di tampal tar 

Selepas KM34 hala Semenyih. Sudah di tampal tar tetapi sudah mula tanggal.




Dikemaskini pada 08/03/2017
KM34-35:
"Perhatian semua: Rabu lepas saya kayuh ke klawang stage 2. Lubang yg buat tsr X jatuh dah rosak balik..& ada lubang baru lorong sebelah selang dlm 5-6 meter.. " Mesej dari rakan basikal (Ipin)

Dikemaskini pada 12/02/2017
KM34-35:
Kedua-dua lubang sudah di tampal tetapi perlu berhati-hati kerana permukaannya tidak rata. 


Kemaskini pada 04/02/2017

KM34-35:
Lanjutan daripada keadaan jalan tersebut telah melibatkan beberapa kemalangan pada rakan-rakan bikers. Satu aduan telah dibuat oleh sahabat biker, Bro Khalid, kepada pihak JKR Selangor untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih kepada Bro Khalid atas keprihatinan beliau kepada pengguna-pengguna jalan tersebut. Ramai yang jadi keyboard warrior atau kepoh sekampung dalam grup sosial apa patut buat, tapi tiada yang beranikan diri. Telunjuk dan ibu jari laju menaip keyboard tapi nak bersuara dengan tekan dial nombor aduan JKR belum tentu.


Sumber dari pengadu, Bro Khalid.


Sumber dari pengadu, Bro Khalid.

Sumber dari pengadu, Bro Khalid.





Dikemaskini pada 22/01/2017

KM34-35: 
Berhati-hati terdapat 'blind corner' dengan jalan berlubang di kedua-dua belah dekat Stage 2 selepas Kampung Orang Asli Genting Peras, selepas batu penanda KM 35 hala ke Kuala Kelawang. (terdapat amaran dengan perkataan 'SLOW' di atas jalan,).  

Photo@22/01/2017





Stage 3
Route N32 Jalan Kuala Kelawang-Semenyih


Dikemaskini pada 10/12/2017
KM 32:

Selepas batu penanda KM 32 (menuju K. Kelawang), tebing jalan runtuh termasuk penghadang besinya di Stage 3 selepas Genting Peras masih belum diperbaiki. Terdapat penghadang konkrit berselang plastik dipasang. Korner ini agak tajam, banyak juga rider terbabas di sini. Kalau dahulu ada penghadang tebing, sekarang tiada, kalau terlajak korner boleh 'terbang' ke cerun yang runtuh. Semoga dijauhi dari musibah.




Dikemaskini pada 12/03/2017
KM 27:
Kerja-kerja pembaikan tanah runtuh di Km 27 sudah siap sepenuhnya.  Tiada kerja-kerja pembaikan baru.


Dari KM27 hala Kuala Kelawang. Kerja-kerja pembaikan tanah runtuh sudah siap sepenuhnya


Selekoh-selekoh yang perlu diberi perhatian dimana sering berlaku rider terjatuh atau terbabas. (akan dikemaskini kemudian)

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment