Wednesday 10 May 2017

Jom Ride ke Udang Galah LC Kuala Rompin

JOM RIDE KE UDANG GALAH LC KUALA ROMPIN

10/05/2017 (Rabu)

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

 Pada 2 Mei yang lepas, dapat mesej dari Azhar@Ard RSV4 membuat cadangan untuk grup ride ke Leban Chondong pada hari kelepasan am (Wesak) pada 10 Mei (hari ini) atas permintaan rakan-rakan bikers. Kebiasaanya, satu 'short trip' atau 'day trip' selalu diadakan sebelum atau sempena menyambut ketibaan Ramadhan. Selepas perbincangan, kami bercadang ke Kuala Rompin pula untuk mencuba Restoran Udang Galah LC berdasarkan rekomen sahabat Oilerbikerz (Jebat dan TH Achid) yang pernah mengunjungi ke sini. Trip-trip Oilerbikerz yang lepas-lepas kebiasaanya akan singgah di Kedai Makan Azizah Udang Galah terletak di Medan Makan 'Udang Galah' Leban Condong. Pernah juga mencuba Kedai Makcik Is yang terletak sebelum simpang tiga Leban Chondong dari Muadzam.




 Trip kali ini disertai 11 motor, 1 kenderaan sokongan dan 13 orang peserta.

Rider and Jentera
1. Azhar@Ard Aprilia RSV4
2. Fauzy BMW S1000RR
3. Dr. Shahidan Suzuki GSX1000R K9
4. Pak Sheikh BMW R1200GS
5. TH Ipin Ducati Hyperstrada
6. Hisham Triumph Street Triple 675
7. Syam BMW R1200GSA
8. TH Siong BMW R1200RT
9.  TH Jijek BMW R1200GS
10. Mus BMW R1200RS
11. Amsyidi KTM Adventure 1050

Support Vehicle Pick-up (SVP)
12.  Tony  (Pilot)
13. Jburn (Co-pilot)

 Nampaknya team Beemer (BMW) mendominasi grup ride kali ini terutama jentera R1200GS/GSA. Apa yang menariknya, sebahagian besar peserta (9 orang) adalah sahabat-sahabat lama dari Oilerbikerz. Ini adalah yang teramai menyertainya sejak grup ride Oilerbikerz kali terakhir pada 2014. Apa pun terima kasih kepada semua yang sudi menyertai trip ini terutama buat Dr. Shaidan K9, Hisham Triumph Street Triple 675, Syam R1200GSA dan Amsyidi Adventure 1050. Sebelum ini, ada yang saya pernah ride bersama-sama mereka, tetapi ini adalah kali pertama untuk trip 'long distance'. Amsyidi sebenarnya memiliki jentera Suzuki V-Strom 650, tetapi hari ini beliau akan menguji jentera KTM Adventure 1050.

Itinerari
Di bawah adalah itinerari perancangan asal. Namun terdapat sedikit perubahan pada route balik selepas mengambil kira faktor waktu dan cuaca.

Jom Ride ke Udang Galah LC Rompin
Day trip @ 10 May 2017 (Rabu)
RV Point 1 @ Kedai Makan D' Muar 14 (B/fast), Prima Saujana ETA@730am
Tayar golek @ 830am via LEKAS

Route Pergi (jarak antara check point):
0 KM SHELL (full tank) & RV point 1 (Prima Saujana) ETD@0830
50 KM PETRONAS Ampangan 2 / RV Point 2 (re-group @ am) ETD@0900
60 KM PETRONAS Bandar Baru Serting (Refuel) ETD@0945
155 KM PETRONAS Rompin (re-fuel & re-group, then proceed ke
Udang Galah LC (https://www.facebook.com/udanggalahlc/) in 750m.ETA@1100-ETD@1300

Route Balik (laluan sama) (Perancangan asal)
126 KM PETRONAS Felda Palong 16 (refuel & Solat) ETD@1430
122 KM Kws Rehat Beranang (North) (Bersurai) ETA@1530

Route Balik (laluan sama) (Sebenar)
155 KM PETRONAS Bandar Baru Serting (refuel & Solat)
94 KM Kws Rehat Beranang (North) (Bersurai)

Total Distance: 515 KM

Route pergi:




Elevation (Ketinggian) dari Kajang ke Kuala Rompin (log data dari GPS Garmin Zumo)


Route balik:




7:30 AM - 8:30 AM : RV Point - Kedai Makan D'Muar 14, Prima Saujana, Kajang.
7:40 AM, singgah mengisi minyak di Shell Prima Saujana terlebih dahulu sebelum ke RV Point 1. Tempat berkumpul (RV Point) dan bersarapan pagi di Restoran D'Muar, Prima Saujana. Seawal 7:30 AM, para peserta mula tiba. Tatkala saya tiba dalam 7:50 AM bersama Tony dan Jburn yang membawa kenderaan sokongan, Ard, Pak Sheikh, Jijek dan TH Ipin sedang bersarapan. Diikuti TH Siong, Syam dan Am yang tiba kemudiannya. Bermakna 8 rider/motor akan bergerak dari sini dan 3 rider/motor lagi akan menunggu di PETRONAS Ampangan. Terima kasih pada TH Siong yang 'payungkan' sarapan pagi buat semua orang. Semoga murah rezeki.

RV Point 1 di Restoran D'Muar, Prima Saujana

Hilux yang menjadi kenderaan sokongan dikendali oleh Tony sebagai Pilot dan Jburn menjadi Co-pilot

Deretan jentera-jentera di RV Point 1 di Restoran D'Muar, Prima Saujana

Bersarapan di Restoran D'Muar, Prima Saujana. Dari kiri: Jburn, Pak Sheikh, Ard, TH Siong, Jijek, TH Ipin dan Tony

Restoran D'Muar, Prima Saujana. Dari kiri: TH Siong, Jijek, TH Ipin, Tony, Fauzy, Jburn dan Pak Sheikh. Kredit Foto: Ard

Nak bergambar dulu. Kredit Foto: Razuani@Tony

Grup foto di RV Point 1 di Restoran D'Muar, Prima Saujana. Kredit Foto: Razuani@Tony

Dari kiri: TH Ipin, Isham, Fauzy, Ard, Pak Sheikh, Tony, Jijek, Amsyidi, TH Siong dan Jburn. Kredit Foto: Razuani@Tony


Rider dan jentera. Kredit Foto: Razuani@Tony


 Dalam 8:30 AM, kami mula bersiap untuk bergerak. Seperti kelazimanya, doa selamat dibacakan sebelum memulakan perjalanan. Terima kasih kepada Pak Sheikh yang telah sudi menyempurnakan bacaan doa sebelum kami berlepas. Selepas bergambar secara grup, seterusnya para peserta bersiap bersedia dengan jentera masing-masing dan mula bergerak menuju ke Lebuhraya LEKAS seterusnya ke PETRONAS Ampangan 2 untuk re-group dengan 3 lagi rider sebelum menuju ke check point seterusnya di PETRONAS Serting. Ard sebagai Lead Bike dan TH Marshall Siong sebagai Last Marker. Dari RV point, perjalanan melalui E21 Lebuhraya LEKAS dengan cuaca baik sepanjang perjalanan. Ketika melepasi Tol Kajang Selatan, kelihatan grup Ducati Hyperstrada (geng TH Ipin) juga ke Leban Chondong.

Doa selamat dibacakan sebelum memulakan perjalanan oleh Pak Sheikh

Doa selamat dibacakan sebelum memulakan perjalanan oleh Pak Sheikh
Mula bergerak dari Restoran D'Muar, Prima Saujana





Azhar@Ard Aprilia RSV4 dari Prima Saujana

TH Ipin Ducati Hyperstrada dari Prima Saujana

Pak Sheikh BMW R1200GSA dari Prima Saujana

Syam BMW R1200GSA dari Prima Saujana

Amsyidi @Am KTM Adventure 1050 dari Prima Saujana

Jijek BMW R1200GS dari Prima Saujana

TH Marshall Siong BMW R1200RT dari Prima Saujana

Melepasi Tol Kajang Selatan, LEKAS. Kelihatan grup Ducati Hyperstrada (geng TH Ipin) juga ke Leban Chondong

Ard Aprilia RSV4 di LEKAS Highway

TH Ipin Ducati Hyperstrada di LEKAS Highway

Pak Sheikh BMW R1200GSA di LEKAS Highway

Syam BMW R1200GSA di LEKAS Highway

Amsyidi @Am KTM Adventure 1050 di LEKAS Highway

Jijek BMW R1200GS di LEKAS Highway

TH Marshall Siong BMW R1200RT di LEKAS Highway


Video dirakam menggunakan Gopro (pautan ke Lazada)


9:05 AM PETRONAS Ampangan 2 / RV Point 2
 Selepas 'free riding' di LEKAS, 9:05 AM tiba di PETRONAS Ampangan untuk 're-group' dengan Dr. Shahidan K9, Hisham  Street Triple 675 dan Mus R1200RS yang menunggu di sini. Dr Shahidan dan Hisham datang dari Nilai. Mus pula datang dari Puchong tapi lajak terus layan LEKAS. 9:15 AM mula bergerak menuju ke PETRONAS Serting melalui Route 51 Jalan Kuala Pilah, Route 9 Jalan Batu Kikir dan Route 11 Jalan Bahau-Keratong. Jalan agak lembab sedikit melepasi Batu Kikir selepas hujan rintik-rintik. Pak Sheikh mendahului grup dari Batu Kikir, selepas saya memperlahan sedikit 'pace' untuk merapati rider-rider di belakang. 9:50AM, tiba di persimpangan ke Serting, menunggu semua rider-rider tiba sebelum bergerak ke Serting. Nampaknya Pak Sheikh sudah meneruskan perjalanan ke PETRONAS Serting.

Tiba di PETRONAS Ampangan

Mula bergerak dari PETRONAS Ampangan

TH Marshall Siong BMW R1200RT di Bukit Putus

Hisham Triumph Street Triple 675 di Bukit Putus

Mus R1200RS di Bukit Putus

Jijek BMW R1200GS di Bukit Putus

Amsyidi @Am KTM Adventure 1050 di Bukit Putus

Pak Sheikh BMW R1200GSA di Bukit Putus

Dr. Shahidan Suzuki GSX1000R K9 di Bukit Putus

Syam BMW R1200GSA di Bukit Putus

TH Ipin Ducati Hyperstrada di Bukit Putus

Ard Aprilia RSV4 di Bukit Putus

Video dirakam menggunakan Gopro (pautan ke Lazada)




10:00 AM : PETRONAS Serting
 Setelah menempuh perjalanan sejauh lebih kurang 60 km, kami tiba di PETRONAS Serting (Bandar Baru Jempol) dalam pukul 10:00 AM untuk berhenti rehat dan mengisi minyak. 10:15 AM, mula bergerak menuju ke Kuala Rompin melalui Route 11 Jalan Bahau-Keratong, Route 12 Jalan Muadzam, Route 63 Jalan Muadzam -  Bukit Ibam dan Route 3 Jalan Rompin.

Ard Aprilia RSV4 mengisi minyak di PETRONAS Serting

Hisham Street Triple 675, TH Marshall Siong R1200RT dan Mus R1200RS tengah berbual-bual pasal motor RT kut.

Pak Sheikh dengan jentera R1200GSA

Am tengah periksa jentera S1000RR

Jentera Adventure R1200GS/GSA vs Superbike K9

Berkongsi cerita setelah sampai di PETRONAS Serting. Kredit Foto: Am

Bergambar kenangan di PETRONAS Serting


Dalam pukul 10:40 AM tiba di persimpangan Keratong - Muadzam. Berhenti seketika sehingga semua rider-rider tiba sebelum meneruskan perjalanan semula. Selepas menempuh separuh perjalanan Route 11 Jalan Bahau-Keratong, hanya deruman enjin dan ekzos yang menemani saya. Gara-gara kehilangan 'Bluetooth Interphone F4 Stereo Headset' yang telah melayang. Saya menyedari kehilangannya apabila tidak menerima lagu-lagu dari GPS Garmin Zumo. Saya tidak menyangka kehilangan Interphone, andaian awal mungkin MP3 player terhenti. Setelah memeriksa GPS seketika, MP3 masih berfungsi dengan baik. Apabila berhenti di persimpangan Keratong - Muadzam, hanya tinggal kabel. Dawai pengikat sebagai 'backup' yang saya pasang turut terputus. Kebiasaanya saya menggunakan Interphone F4s dengan flip-up helmet untuk ride dengan Versys. Interphone F4s di pasang pada helmet menggunakan 3M interlocking velcro. Untuk full face, saya menggunakan 'bluetooth earphone', tetapi mengalami masalah 'connectivity' selepas menaik taraf (upgrade) 'firmware' Zumo GPS. Mungkin dengan jalan agak 'bumpy', kelajuan dan juga 'turbulence' yang kuat menyebabkan 'Interphone F4' tertanggal dan melayang.

Tiba di persimpangan Keratong - Muadzam

Dalam pukul 11:00 AM, tiba di persimpangan bertingkat Muadzam. Pak Sheikh yang mendahului, sudah menunggu di persimpangan untuk memaklumkan rider-rider memasuki susur ke Leban Chondong. Saya menunggu di bawah flyover sehingga TH Marshall Siong tiba selaku 'Last marker' sebelum meneruskan perjalanan.  Dalam 11:20 AM tiba di persimpangan Leban Chondong. Berhenti seketika sehingga semua rider telah sampai untuk meneruskan perjalanan ke PETRONAS Rompin. Melewati Medan Makan Leban Chondong di mana letaknya Kedai Azura Udang Galah. Sudah pasti ada yang menjeling mengimbau kenangan lalu tempat menjadi tumpuan trip-trip yang lepas.

11:30 AM PETRONAS Rompin
Setelah menempuh perjalanan sejauh lebih kurang 155 km, kami tiba di PETRONAS Rompin untuk berhenti mengisi minyak terlebih dahulu sebelum ke Restoren Udang Galah LC yang terletak kurang dari 1 KM dari sini. Nampaknya PETRONAS Rompin tidak menyediakan RON97, ada jentera ke Shell yang terletak kehadapan sedikit untuk mendapatkan RON97 bagi jentera mereka.

Dr. Shahidan K9 dan yang lain-lain setelah mengisi minyak di PETRONAS Rompin

Mus R1200RS dan Ard RSV4 sedang mengisi minyak di PETRONAS Rompin

Selfie sekejap

Ard RSV4 selepas selesai mengisi minyak di PETRONAS Rompin

Lamanya Mus R1200RS mengisi minyak di PETRONAS Rompin

Amsyidi KTM Adventure 1050 sudah bersiap sedia

Semua sudah bersedia untuk bergerak dari PETRONAS Rompin. Kredit Foto: Am

Mus R1200RS, Hisham Street Triple 675 dan Dr. Shahidan GSX1000R K9 mula bergerak

Hisham Triumph Street Triple 675 dan Dr. Shahidan GSX1000R K9 mula bergerak

Ard RSV4, Mus R1200RS dan  lain-lain rider menuju ke Restoran Udang Galah LC, Kuala Rompin


Video dirakam menggunakan Gopro (pautan ke Lazada)


11:40 AM Restoran Udang Galah LC, Kuala Rompin
 Setelah menempuh perjalanan sejauh 268 KM maka sampailah kami tempat di tuju. Apa lagi setelah memarkir jentera di hadapan restoran, sesi bergambar lah dulu sebelum melangkah masuk ke restoran. Kepenatan menunggang tiga jam dari Kajang ke daerah ini hilang sebaik sahaja melangkah masuk ke  Restoran Udang Galah LC di Taman Sentosa di sini  untuk makan tengahari. Sudah pasti menu masakan udang galah menjadi pilihan utama di Restoren Udang Galah LC. Kepelbagaian menu berasaskan udang galah ditawarkan restoran tersebut sudah pasti membuatkan sesiapa sahaja terliur untuk menikmatinya. Apa lagi melihat udang galah besar-besar dimasak lemak dan sambal pedas. Bagi yang tiada pantang sudah pasti dua ekor masak lemak dan sambal pedas menjadi pilihan dengan ulam-ulaman. Yang kena diet, boleh makan takat seekor lah. Tapi ada rider (Am KTM) yang tidak makan udang rupanya, ada menu lain juga disediakan, tapi riding spirit itu kena tabik and respect la.

 Restoran ini boleh dikatakan cawangan kedua dengan menu yang sama seperti disajikan di 'Gerai Makan Mak Ngah' yang terletak di Leban Chondong. Hajat hendak tapau udang segar Rompin dari restoran ini tidak kesampaian kerana tiada stok. Maka, kami bercadang akan singgah di Kedai Makcik Is di Leban Chondong. Setelah menjamu selera, sudah tiba masanya untuk bergerak. Terima kasih kepada Dr. Shahidan K9 yang 'payung'kan makan tengahari kami di sini. Semoga murah rezeki. Cuaca semakin mendung, dan mula hendak hujan. Pada asalnya hendak ke Masjid Tengku Mahkota Abdullah untuk bersolat secara jamak, tetapi belum masuk waktu. Jadi kami akan bersolat jamak di hentian seterusnya di PETRONAS Serting. Dalam pukul 1:00 PM, kami mula bergerak ke Leban Chondong, hujan mula turun dan semakin lebat.

Selamat sampai di Restoran Udang Galah LC, Kuala Rompin

TH Marshall Siong dan Jijek tiba di Restoran Udang Galah LC, Kuala Rompin

Pak Sheikh sedang bergambar kenangan tu. Kredit Foto: Ard

Am dan Pak Sheikh sedang sibuk bergambar

Ha ha giliran saya pula bergambar di hadapan Restoran Udang Galah LC.

Mari-mari kita ambil gambar grup pula. Kredit foto: Am

Gambar grup rider dan jentera di hadapan Restoran Udang Galah LC.

Gambar grup rider dan jentera di hadapan Restoran Udang Galah LC. Kredit Foto: Ard

Deretan jentera parkir di depan Restoran Udang Galah LC

Deretan jentera parkir di depan Restoran Udang Galah LC

Deretan jentera parkir di depan Restoran Udang Galah LC

Berehat seketika sebelum acara udang galah.

Sajian menu di Restoran Udang Galah LC. Semua masih dalam bekas tertutup lagi. 

udang galah masak lemak

udang galak masak sambal pedas 

Senarai harga makanan termasuk udang galah yang mengikuti saiz.

Menu pilihan saya, udang galah masak lemak, ikan goreng dan ulam-ulaman

Menu pilihan TH Siong dan Jijek,  udang galah masak lemak  dan udang galak masak sambal pedas dengan  ulam-ulaman

Rider-rider sedang menikmati makan tengahari di Restoran Udang Galah LC

Rider-rider sedang menikmati makan tengahari di Restoran Udang Galah LC

Sticker grup-grup motor
Sticker grup-grup motor
. Bersiap sedia untuk bergerak balik pula. Kredit Foto: Razuani@Tony

Bergambar dengan jentera masing-masing dulu. Kredit Foto: Razuani@Tony

Bergambar dengan jentera masing-masing dulu. Kredit Foto: Razuani@Tony

Bergambar dengan jentera masing-masing dulu. Kredit Foto: Razuani@Tony

Tuan organiser. Kredit Foto: Razuani@Tony
1:25 PM Kedai Makcik Is Udang Galah, Leban Chondong
Berhenti singgah di Kedai Makcik Is tatkala hujan masih lebat. Tetapi agak hampa juga kerana ketiadaan stok udang galah mentah dari Rompin. Yang ada cuma udang gred kecil dari Terengganu katanya. Beli juga lah sekilo, buat tapau, penat bawa tong pulak atas pick-up. Kecuali Mus, semua rider berhenti di sini. Mus meneruskan perjalanan. TH Marshall Siong akan meneruskan perjalanan untuk menuruti Mus. Hujan semakin lebat, jadi kami menunggu hujan agak reda sedikit sebelum memulakan perjalanan. Dalam pukul 2:00 PM, grup mula bergerak walaupun masih hujan lagi. Hujan menjadi agak lebat sepanjang perjalanan ke Muadzam, di mana tiba dalam 2:30 PM. Nampaknya 'wet race' sepanjang perjalanan menuju ke PETRONAS Serting.  Selepas Muadzam, kehilangan 'power supply' ke GPS. (setelah diperiksa kemudiannya pada keesokan hari, rupanya soket GPS ke bateri connector tertanggal la pulak).

 Oleh kerana hujan yang lebat, terpaksalah menggunakan 'rain mode' pada S1000RR sepanjang perjalanan. Malah saya rasakan ini adalah perjalanan paling jauh mengunakan 'rain mode'. Kombinasi 'rain mode' dengan tayar Pirelli Rossa Corsa tidak menghampakan. Saya dapat rasakan 'power' dan kelajuan motor telah dikurangkan walaupun 'throttle' dipulas seperti biasa. Tayar Rossa Corsa pula dapat melalui lopak air tanpa rasa 'geli-geli' atau 'slide' berbanding Pirelli Supercosa yang agak baru dipakai oleh Ard RSV4 di mana terpaksa melalui 'wet race' dengan lebih berhati-hati. Sepanjang perjalanan ketika hujan lebat terpaksa mengekori Pak Sheikh untuk melihat lopak-lopak air dijalanan yang dibelah oleh jentera R1200GSA ,dan membuat lencongan untuk mengelak lopak-lopak air yang terlalu banyak atau dalam.


3:30 PM : PETRONAS Serting
 Setelah menempuh perjalanan sejauh lebih kurang 155 km, kami tiba di PETRONAS Serting dalam pukul 3:30 PM untuk berhenti rehat, mengisi minyak dan bersolat jamak. Mus dan Marshall Siong sudah berada di sini. Dalam pukul 4:45 PM, grup mula bergerak ke Kuala Pilah dan Ampangan dengan cuaca mendung dan jalan basah selepas hujan. Pada mulanya mengikuti Mus R1200RS yang berada di hadapan sekali menuju ke Kuala Pilah. Selepas Kuala Pilah, Pak Sheikh dan Mus berada di hadapan, dengan kenderaan agak banyak dan keadaan jalan basah, saya memperlahankan tunggangan kerana rider-rider lain agak keterbelakangan. Jadi saya membiarkan Pak Sheikh dan Mus meneruskan perjalanan dengan 'pace' mereka.

Barisan jentera selamat tiba di PETRONAS Serting selepas 'Wet Race'.

Barisan jentera selamat tiba di PETRONAS Serting selepas 'Wet Race'.

Barisan jentera selamat tiba di PETRONAS Serting selepas 'Wet Race'.

Amsyidi KTM Adventure 1050 sedang mendapat tips dari Mus R1200RS yang juga memiliki jentera KTM Adventure 1290

Berkongsi cerita 'wet race'

Berkongsi cerita 'wet race'

Jburn, Mus RS1200RS dan Pak Sheikh R1200GSA sudah bersedia.

TH Siong R1200RT sudah bersedia

Amsyidi KTM Adventure 1050

TH Ipin Ducati Hyperstrada dan Ard Aprilia RSV4 sudah bersiap

TH Jijek BMW R1200GS, Dr. Shahidan Suzuki GSX1000R K9 dan Hisham Street Triple 675 sudah bersedia

Semua sudah bersedia untuk bergerak ke LEKAS.


5:45 PM Tol Setul, LEKAS
Memasuki LEKAS, cuaca mendung tetapi tidak hujan. Saya berhenti di Tol Setul untuk menunggu rider-rider lain. Mus dan Pak Sheikh sudah langsung ke R&R Beranang. Dalam 5:45 PM, rider-rider dibelakang mula sampai. Di sini, kami akan berpisah dengan Dr. Shahidan K9 dan Hisham Triumph Street Triple 675 yang akan menyusur keluar dari LEKAS di susur Nilai. Manakala yang lain akan meneruskan perjalanan ke R&R Beranang.

Dr. Shahidan Suzuki GSX1000R K9 tiba di Tol Setul, LEKAS

Syam BMW R1200GSA tiba di Tol Setul, LEKAS

Amsyidi KTM Adventure 1050 tiba di Tol Setul, LEKAS

Hisham Triumph Street Triple 675 tiba di Tol Setul, LEKAS

TH Ipin Ducati Hyperstrada tiba di Tol Setul, LEKAS

TH Jijek BMW R1200GS tiba di Tol Setul, LEKAS

Ard RSV4 dan TH  Marshall Siong R1200RT  tiba di Tol Setul, LEKAS

Kepuasan tidak dapat digambarkan bagi Dr. Shahidan dan Hisham pada trip ini dan berpisah di sini.

Ucapan terima kasih daripada tuan organiser Ard RSV4 pada 'sponsor' udang galah hari ini.

Terima kasih buat Hisham dan Isham syang sudi ride bersama-sama

Ucapan terima kasih TH Marshall Siong pada Dr. Shahidan dan Hisham yang akan exit di susur Nilai

Dr. Shahidan  menunjukkan tayar belakang sudah haus. Jangan lupa tukar tayar baru, tak pun 'upgrade' moto baru terus Doc.


6:00 PM Kawasan Rehat Beranang (North)
Mus dan Pak Sheikh sedang menunggu ketibaan kami di sini. Kebanyakkan rider-rider mula bergerak untuk pulang ke destinasi masing-masing dari sini. TH Marshall Siong, Jijek, Ard dan saya berhenti minum di sini dulu sementara menunggu Tony dan Jburn yang sudah dalam perjalanan di LEKAS. Kami sempat minum bersama-sama sebelum bersurai ke destinasi masing-masing. Tony dan Jburn akan ke rumah saya untuk mengambil kenderaan masing-masing.

Selamat tiba di Kawasan Rehat Beranang (North)

Selamat tiba di Kawasan Rehat Beranang (North)

Amsyidi KTM Adventure 1050 sedang menguji jentera RSV4. Jiwa SBK ni.

Ramai yang hendak terus bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Semoga selamat sampai

Mus dengan jentera baru BMW R1200RS yang menjadi tumpuan pada trip kali ini. Jumpa lagi ride akan datang

Video dirakam menggunakan Gopro (pautan ke Lazada)


Alhamdulillah selamat sampai rumah dalam pukul 6:30 PM. Alhamdulillah dapat mesej semua rider dan peserta telah selamat sampai kepangkuan keluarga masing-masing. 👍👍👍

Terima kasih pada organiser, semua rider serta pilot and co-pilot kenderaan sokongan untuk trip ini. Terima kasih buat Tony sudi turut serta jadi Pilot walaupun hari ini 'miss soru' meter tak jalan. Juga buat Jburn yang sudi turut serta walaupun jadi co-pilot. Jburn kata perjalanan dari rumahnya dari Puchong ke Kajang adalah perjalanan paling jauh dengan motor selepas pulih. Semoga kembali pulih sepenuhnya.

Terima kasih juga kepada semua rakan-rakan bikers yang mendoakan keselamatan kami sepanjang trip ini. 👍👍👍

"Lost my interphone,
   Never mind can buy a new one.
Misplaced my gopro long tighten screw,
   Never mind can buy a cheap one from China.
Ride with long time riding buddies,
  A priceless moment in my life.
Ride with new faces,
  May Allah bless us with sillaturahim."

Cheers 😂😂😂

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version


4 comments:

  1. terboik la tsr fauzi... pak sheikh sentiasa di depan...lajuzz tul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memey doh.. Terima kasih sudi singgah TSR Adha

      Delete
  2. GS1200 tak lah selaju Rabbit.. 299

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha 299... kene tukar meter tu.. Terima kasih sudi singgah PS

      Delete