Sunday 25 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 05: Mae Hong Son - Pai- Mae Chan - Golden Triangle

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 05: Mae Hong Son - Pai- Mae Chan - Golden Triangle

Hari 05: Ahad 25/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari ke-5 setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 463 km dari Mae Hong Son hingga tiba di Golden Triangle (Sok Ruak) melalui Pai, Fang dan Mae Chan. Jumlah jarak perjalanan selepas 5 hari kira-kira 2828 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi, tidak termasuk tempat-tempat dilawati.



Nota: Waktu dicatat berdasarkan waktu Malaysia yang satu jam cepat daripada Thailand.

Mae Hong Son
Dalam pukul 8:00 AM bertolak dari Baiyoke Chalet Hotel pada pagi Ahad Hari Krismas bagi memulakan perjalanan melalui route 1095. Route 1095 ini sejauh kira-kira 200 km dengan sejumlah 1864 selekoh menghubungkan  Mae Hong Son-Pai-Chiang Mai menjadi laluan berselekoh amat popular dikalangan biker dari seluruh dunia. Mae Hong Son pula dikenali sebagai “The land of three season mists” menyaji laluan berkabus di pagi hari dengan suhu sejuk di bawah 20 darjah celcius di musim sejuk. Udara yang segar dan nyaman serta pemandangan pergunungan yang cantik menyuntik semangat untuk meneruskan perjalanan ke Sop Ruak/Golden Triangles yang jaraknya kira-kira  460 km ke utara Thailand.

 Kebiasaanya, apabila biker atau rider yang tiba di Mae Hong Son akan mengunjungi Mae Hong Son Chamber Of Commerce untuk mendapatkan sijil kejayaan menakluki 'thousand corners' dengan bayaran sebanyak 20 Bahts. Petang semalam, sewaktu tiba di Mae Hong Son sudah lewat petang dimana pejabat sudah tutup (urusan hanya hanya waktu pejabat). Hari ini pula Hari Krismas, pejabat tidak dibuka, walaupun ianya terletak berdekatan dengan hotel penginapan. Walaubagaimanapun, saya masih memperolehi sijil tersebut sebagai tanda kenangan melalui rakan biker yang mengunjungi Mae Hong Son pada tahun berikutnya.

Phang Mapha (Route 1095) 
Dalam 9:55 AM, singgah di KM161 Route 1095 (63 km ke Pai?), kira-kira 3 km sebelum Phangmapha View Point, apabila terlihat kabus menyelubungi kawasan lembah. Ketika ini saya masih mendahului grup.  Sambil menunggu rakan-rakan lain tiba, elok ambil gambar sekitar sini dan juga apabila mereka melalui nanti.

Versys di KM161 Route 1095 (63 km ke Pai?)

Kelihatan kabus menyelubungi kawasan lembah arah Mae Hong Son

Bro Mas Fazillah tiba dengan jentera KTM 990 Adventure

Bro Rahman  tiba dengan jentera BMW R1150RT

Bro Haji Halim dan Bro Faiz tiba, masing-masing dengan jentera 2011 Versys 650

Bro Haji Halim dan Bro Faiz tiba, masing-masing dengan jentera 2011 Versys 650

Bro Zainudin tiba dengan jentera BMW R1200GS

bergambar dengan berlatar belakang kabus menyelubungi kawasan lembah arah Mae Hong Son


Phang Mapha View Point (Route 1095)
Selepas lebih 50 km perjalanan, selepas mendaki laluan berliku-liku, kami tiba di Phang Mapha View Point (Route 1095) dalam pukul 10:05 AM  untuk berhenti rehat seketika dan juga menikmati permandangan panorama pergunungan menghijau di Thailand Utara ini. Dikatakan, apabila cuaca sejuk, view point ini akan diliputi kabut. Ketika ini cuaca cerah, jadi dapat melihat permandangan sejauh perbatasan Burma. Selain kawasan view point untuk beristiharat, terdapat juga deretan gerai-gerai penduduk-punduk tempatan yang menjual hasil pertanian dan juga kraftangan. Dalam pukul 10:30 AM, kami mula bergerak meneruskan perjalanan mendaki yang penuh berliku.

Phang Mapha View Point di Route 1095

Versys bergambar di Phang Mapha View Point, Route 1095

Bergambar bersama Versys di Phang Mapha View Point, Route 1095

Bergambar bersama Versys di Phang Mapha View Point, Route 1095

Bergambar bersama Versys di Phang Mapha View Point, Route 1095

Bro Rahman tengah mengambil gambar menarik  Phang Mapha View Point, Route 1095

Bro Zainudin R1200GS tengah layan pemandu pelancong di Phang Mapha View Point, Route 1095

Bro Rahman tengah mengambil gambar menarik di Phang Mapha View Point, Route 1095

Bro Haji Halim Versys 650 sedang mengkaji peta ketika di Phang Mapha View Point, Route 1095

Pemandangan panorama pergunungan dari Phang Mapha View Point, Route 1095

Pemandangan panorama pergunungan dari Phang Mapha View Point, Route 1095

Pemandangan panorama pergunungan dari Phang Mapha View Point, Route 1095

Pemandangan panorama pergunungan dari Phang Mapha View Point, Route 1095

Bergambar dengan pemandangan panorama pergunungan dari Phang Mapha View Point, Route 1095

Bergambar dengan pemandangan panorama pergunungan dari Phang Mapha View Point, Route 1095

Bergambar dengan pemandangan panorama pergunungan dari Phang Mapha View Point, Route 1095

Pemandangan deretan gerai-gerai berdekatan Phang Mapha View Point, Route 1095

Pemandangan kawasan Phang Mapha View Point, Route 1095

Deretan gerai-gerai berdekatan Phang Mapha View Point, Route 1095

Singgah dulu di deretan gerai-gerai berdekatan Phang Mapha View Point, Route 1095

Bergambar dengan salah seorang penduduk tempatan (puak) gerai-gerai berdekatan Phang Mapha View Point, Route 1095

Gerai menjual pisang dan keledak bakar di gerai-gerai berdekatan Phang Mapha View Point, Route 1095

Gerai-gerai menjual hasil kraftangan berdekatan Phang Mapha View Point, Route 1095

Pemandangan panorama pergunungan dari Phang Mapha View Point, Route 1095

Pemandangan panorama pergunungan dari Phang Mapha View Point, Route 1095

Pemandangan panorama pergunungan dari Phang Mapha View Point, Route 1095

Pemandangan panorama pergunungan dari Phang Mapha View Point, Route 1095

Pemandangan panorama pergunungan dari Phang Mapha View Point, Route 1095


Kiew-Lom View Point (Route 1095)
Dalam pukul 11:10 AM, setelah menempuh berjalanan sejauh 33 km dengan laluan mendaki yang berliku-liku dengan selekoh berzig-zag yang tajam serta berkecuraman tinggi, kami tiba di kemuncak tertinggi route 1095, berada di ketinggian kira-kira 1431 m dari paras laut, di mana terletak Kiew-Lom View Point. Menghampiri Kiew-Lom View Point, laluan mendaki berselekoh berzig zag agak curam. Jika jalannya lembap atau sewaktu hujan, apabila membrek atau berhenti dengan tiba-tiba, boleh membuatkan motor mengelongsor kebelakang. Saya pernah diberitahu pernah terjadi kepada grup permotoran sebelum ini, menyebabkan kemalangan kecil anatara rakan-rakan biker di dalam grup apabila mengekori satu sama lain terlalu dekat.

Kami berhenti rehat seketika di kemuncak Kiew-Lom View Point sambil menikmati pemandangan panorama pergunungan dan lembah dari sini. Suasananya amat menyegarkan dengan suhu yang sejuk dan suasana nyaman. Sekitar kawasan ini terdapat kanak-kanak dan gadis-gadis berpakaian kostum tradisional dan akan menyapa atau mengajak untuk bergambar bersama anda. Berhati-hati! Ianya bukan percuma, anda akan dikenakan bayaran THB10 setiap seorang kanak-kanak atau gadis berkostum. Kami menghabiskan masa kira-kira 20 minit di sini dan miula bergerak ke Pai.


Tiba di Kiew-Lom View Point (Route 1095)

Tiba di Kiew-Lom View Point (Route 1095)

Tiba di Kiew-Lom View Point (Route 1095). Kelihatan van pelancung banyak berhenti di sini

Bro Mas Fazillah  KTM 990 Adventure tiba di Kiew-Lom View Point (Route 1095)

Bro Mas Fazillah  KTM 990 Adventure tiba di Kiew-Lom View Point (Route 1095)

 Bro Rahman BMW R1150RT dan  Bro Faiz Versys 650 tiba di Kiew-Lom View Point (Route 1095)

Bro Zainudin BMW R1200GS tiba di Kiew-Lom View Point (Route 1095)

 Kiew-Lom View Point (Route 1095)

Bergambar kenangan di  Kiew-Lom View Point (Route 1095)

Pemandangan panorama pergunungan di Kiew-Lom View Point (Route 1095)

Pemandangan panorama pergunungan di Kiew-Lom View Point (Route 1095)

Pemandangan panorama pergunungan di Kiew-Lom View Point (Route 1095)

Kanak-kanak berpakaian kostum tradisional akan menyapa atau mengajak untuk bergambar bersama anda

Kanak-kanak berpakaian kostum tradisional akan menyapa atau mengajak untuk bergambar bersama anda

Kanak-kanak berpakaian kostum tradisional akan menyapa atau mengajak untuk bergambar bersama anda

Penanda kemuncak tertinggi route 1095 pada ketinggian 1431 m dari paras laut.

Peta lokasi-lokasi tempat perlancungan di Mae Hong Son

Bergambar menyelit dengan kanak-kanak berpakaian kostum tradisional mengajak pelancung untuk bergambar bersama

Kanak-kanak berpakaian kostum tradisional mengajak pelancung untuk bergambar bersama

Penanda kemuncak tertinggi route 1095 pada ketinggian 1431 m dari paras laut

Bro Mas Fazillah bergambar kenangan di penanda kemuncak tertinggi route 1095 pada ketinggian 1431 m dari paras laut

Bro Mas Fazillah bergambar di penanda kemuncak tertinggi route 1095 dengan kelibat kanak-kanak berkostum tradisional 

Kanak-kanak berpakaian kostum tradisional mengajak pelancung untuk bergambar bersama

Bergambar kenangan di peti pos Kiew-Lom View Point (Route 1095)

 Pemandangan sekitar Kiew-Lom View Point (Route 1095)

 Pemandangan sekitar Kiew-Lom View Point (Route 1095)

Bergambar kenangan di Kiew-Lom View Point (Route 1095)

Bro Halim memeriksa gambar-gambar di ambil sekitar  Kiew-Lom View Point (Route 1095)

Barisan jentera di kawasan parkir Kiew-Lom View Point (Route 1095)




.
Pai
Setelah menempuh perjalanan sejauh 24 km dengan laluan menurun berliku-liku dengan selekoh berzig-zag agak curam pada bahagian awalnya, kami tiba di Pai dan terus menuju ke Masjid Al-Israa untuk berhenti rehat serta sholat terlebih dahulu. Sekitar masjid ini terdapat kedai makan muslim yang menjadi tempat santapan untuk makan tengahari kami. Bandar Pai pernah menjadi pasar bagi perkampungan yang didiami puak Shan. Hari ini, bandar kecil ini sudah berkembang dan sangat popular di kalangan pelancong 'backpacker', kerana cuaca sejuk, pemandangan gunung yang menarik menjadikan tarikan sebagai tempat bersantai. Saya tercari-cari gambar dirakam di Pai tetapi seperti tiada pula.


Last Stage Route 1095
Dalam pukul 14:20 PM berhenti seketika dalam 10 minit untuk re-grup dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Fang.

Bro Mas Fazillah  KTM 990 Adventure berhenti di sini untuk re-grup

Bro Zainudin BMW R1200GS tiba akhir sekali

Bro Haji Halim dan Bro Faiz memeriksa jentera 2011 Versys 650 masing-masing

Bro Haji Halim dan Bro Faiz memeriksa jentera 2011 Versys 650 masing-masing

Masih banyak korner perlu ditempuh di hadapan

Ambil gambar dahulu lah

Ambil gambar dahulu lah

Bro Faiz Versys 650

Bro Faiz Versys 650

Fauzy dengan jentera 2011 Versys 650 





.
Fang
Dari Route 1095, memasuki route 107 sehingga tiba di bandar Fang dalam pukul 17:30 PM setelah menempuh kira-kira 210 km perjalanan dari Pai. Singgah sebentar di persimpangan Chontana Road, terletak ditengah-tengah Fang untuk re-grup kira-kira 15 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Mae Chan melalui route 1089.

Re-grup di Chontana Road, Fang.

Re-grup di Chontana Road, Fang.

Re-grup di Chontana Road, Fang.

Mae Chan
Setelah menempuh kira-kira 85 km perjalanan dari Fang, tiba di Mae Chan. Dari Mae Chan meneruskan perjalanan melalui route 1, menuju ke Mae Sai.

Mae Sai
Setelah menempuh kira-kira 33 km perjalanan dari Mae Chan, tiba di Mae Sai. Malam sudah berlabuh, tetapi kami membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan Sob Ruak atau Golden Triangle dan tidak bermalam di Mae Sai. Perjalanan ke Golden Triangle melalui route 1290. Sebahagian besar route 1290 sedang dinaiktaraf. Ini bermakna kami telah melalui jalan yang tidak berturap dan juga hanya berkerikel di dalam kegelapan malam. Bro Zainudin dengan jentera BMW R1200GS yang dilengkapi 'spotlight' membantu menerangi jalan dengan lebih baik.

Golden Triangle
Setelah menempuh kira-kira 27 km perjalanan dalam kegelapan malam dari Mae Sai, tiba di Golden Triangle (pautan ke Booking) antara 9:30 - 10:00 PM. Kami berhenti di salah satu kedai makan yang masih buka terletak bersebelahan pertemuan Sungai Ruak dengan Sungai Mekong, berdekatan The Imperial Golden Triangle Resort. Kebanyakkan kedai-kedai sudah tutup pada waktu ini. Lagi pun hari ini hari Krismas. Setelah selesai makan malam, seterusnya mencari tempat untuk bermalam. Kami membuat beberapa survei di hotel-hotel yang berdekatan dan mengambil keputusan menginap di Baan Thai Resort Golden Triangle (525 Moo 1 Wieng, Chiang Saen District, Chiang Rai 57150, Thailand).  Kadar bilik 'twin room' semalam kira-kira 1000 Baht. Alhamdulillah, suatu perjalanan yang panjang lebih dari 13 jam, akhirnya kami semua dapat beristirehat untuk malam ini.

Route Hari 05



Kembali ke Hari 04    ⟺    Bersambung ke Hari 06 ⇨

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada 1 November 2017

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

3 comments:

  1. Terima kasih tas info.. amat berguna utk kami ke sana pada Januari 2018

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah. Semoga bermanafaat. Mungkin info lama sikit trip tahun 2011. Januari dan Februari adalah masa yang sesuai untuk kesana. Semoga dipermudahkan urusan.

      Delete
  2. Jalan penulisan yg menarik, mudah di faham.. seronok membaca... Tkasih perkongsian tuan

    ReplyDelete