Tuesday 27 December 2011

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 07: Golden Triangle - Chiang Kong - Chiang Mai

Kembara Barat dan Utara Thailand 2011 Hari 07: Golden Triangle - Chiang Kong - Chiang Mai

Hari 07: Selasa 27/12/2011

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari ke-7 setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 350 km dari Golden Triangle (Sok Ruak) hingga tiba di Chiang Mai melalui Chiang Kong dan Chiang Rai. Jumlah jarak perjalanan selepas 7 hari kira-kira 3240 km. Jarak perjalanan berpandukan route google, jarak sebenar adalah lebih lagi, tidak termasuk tempat-tempat dilawati.




Golden Triangle (Sok Ruak) - Chiang Kong
Perancangan asal adalah untuk terus bertolak balik ke Chiang Mai, tetapi saya telah mengambil keputusan untuk bersama dengan Bro Haji Halim menemaninya ke Chiang Kong. Pagi ini, secara tiba-tiba Bro Haji Halim telah mengambil keputusan untuk berpecah dengan grup dan akan membuat lencongan secara solo ke Chiang Kong terlebih dahulu bagi tujuan membuat 'recce' laluan ke Laos untuk trip dalam perancangannya di masa hadapan. Bro Haji Halim menjadi teman sebilik saya sepanjang trip perjalanan Thailand ini, jadi saya akan bersama-sama dengan beliau walaupun beliau tidak meminta saya berbuat demikian. Jadi kami semua bersetuju akan bertemu kembali di Chiang Mai. Saya bersama Bro Haji Halim akan ke Chiang Kong terlebih dahulu melalui Route 1290, manakala yang lain akan meneruskan perjalanan ke Chiang Mai.

Suhu agak sejuk di Golden Triangle (Sok Ruak) pada waktu pag. ketika mula bertolak.

Dalam 10:30 AM, di pertengahan perjalanan melalui route 1290, jalan di tutup sementara memberi laluan satu acara.

Kelihatan ada pembarisan pancaragam dan juga pakaian tradisional. 

Pancaragam sekolah dengan sebahagian lagi memakai pakaian tradisional

Pancaragam sekolah dengan sebahagian lagi memakai pakaian tradisional

Ada juga yang berpakaian sukan, rasanya seperti acara sukan sekolah-sekolah peringkat daerah.

Chiang Kong
Selepas lebih 60 km perjalanan, melalui laluan menyusuri Sungai Mekong sehingga pekan Saeo dan seterusnya laluan mendaki yang berliku-liku dilembah yag dikelilingi banjaran bukit bukau sehingga tiba di puncaknya sekitar di Mae Ngoen sebelum menurun ke Chiang Kong. Terdapat ladang-ladang teh dengan setengahnya ada kafe di sepanjang laluan dan juga 'view point' dengan pemandangan lembah dengan tasik-tasik apabila berada pada aras ketinggian puncaknya. Namun tidak sempat berhenti mengambil gambar kerana Bro Haji Halim agak sudah ke hadapan untuk memberi isyarat berhenti. Dalam pukul 11:00 AM, kami tiba di Chiang Kong dan terus menuju ke Pelabuhan Chiang Kong yang terletak di pinggir Sungai Mekong.

Pada masa ini, Chiang Kong Port merupakan pintu masuk ke Thailand atau ke Laos melalui Huay Xai melalui feri atau bot, dimana masih tiada jambatan yang menghubungi kedua-dua negara ini. Sudah ada perancangan pembinaan jambatan yang akan menghubungi kedua-dua negara ini di masa hadapan.

Akhirnya tiba di Pelabuhan Chiang Kong 

Pintu gerbang masuk ke Thailand di Pelabuhan Chiang Kong

Sekitar Pelabuhan Chiang Kong, bangunan belakang adalah pejabat kastam dan imigresen 

Bergambar lagi sekitar Pelabuhan Chiang Kong

Kedai di atas itu menyediakan khidmat insuran jika hendak membawa motor ke Laos

Bergambar kenangan dulu, Untie di kedai sudah panggil kalau mahu buat insuran ke Laos

Parkir depan pejabat kastam, sudah ada lori tangki menuju ke feri

Pejabat Imigresen di hadapan sedikit (pejabat biru) manakala Pejabat Kastam dekat dengan parkir motor

Bergambar kenangan dulu depan Pejabat Imigresen dan Kastam Pelabuhan Chiang Kong

Bro Haji Halim sedang sibuk membuat kajian dan perancangan

Ambil gambar kenangan Bro Haji Halim di Pelabuhan Chiang Kong

Pemandangan pintu gerbang di Pelabuhan Chiang Kong. Kelihatan lori tangki sedang menuju terus ke feri

Kelihatan lori tangki sedang menuju terus ke feri

Kelihatan lori tangki pertama sedang memasuki feri diikuti lori tangki ke dua. Agaknya ini lah feri kalau hendak bawa motor

Satu feri boleh bawa dua buah lori tangki sekali gus.

Khidmat bot-bot penumpang ke Laos. Seberang Sungai Mekong adalah negara Laos

Khidmat bot-bot penumpang ke Laos

Bot-bot penumpang ke Laos yang sedang berlabuh

Sebenarnya tidak kelihatan seperti pelabuhan, tiada  kemudahan jeti-jeti. Dari tebing sungai terus naik ke feri atau bot.

Ada lagi lori-lori tangki menaiki feri seterusnya

Dua buah lori tangki menaiki satu feri.

Chiang Kong - Chiang Mai
Dalam 1:30 PM, kami mula bergerak dari Chiang Kong menuju Chiang Mai. Ada satu perkara yang agak merungsingkan saya iaitu keadaan tayar hadapan Versys. Tayar hadapan adalah tayar Dunlop asal Versys 650. Bahagian tengahnya terdapat alur, tetapi alur tayar saya seakan-akan merekah semakin ke dalam. Perkara ini saya sedari semasa bertolak dari Golden Triangle (Sok Ruak) lagi, tetapi tidak mengetahui puncanya. Pada asalnya, ingat keadaan tayar yang menyebabkan terjadi sedemikian. Sepanjang perjalanan berharap tidak berlaku keadaan yang tidak diinginkan. Di Chiang Mai nanti sudah merancang untuk mengantikan tayar depan ini. Alhamdulillah selamat sampai di Chiang Mai dalam pukul 5:30 PM lebih tanpa sebarang masalah setelah menempuh perjalanan sejauh 286 km. Kesemua motor-motor rakan yang lain sudah berada di parkir Top North Hotel, 41 Th Moon Muang, Chiang Mai ketika kami sampai. Kadar bilik 'twin room' semalam kira-kira 1200 Baht.

Keadaan tayar Dunlop depan dimana ada yang tidak kena pada bahagian alur tengah

Keadaan alur tengan tayar Dunlop depan semakin merekah kedalam. Tidak pasti macam mana keadaan ini berlaku



Chiang Mai
Kami keluar makan malam di restoran muslim yang terletak berhampiran Masjid Hadayatul Islam Banhaw yang terletak di 31  Tambon Chang Moi, berdekatan jalan besar Bazaar Malam Chiang Mai (Chiang Mai Night Bazaar) yang terkenal di sini dengan menaiki tuk-tuk. Oleh kerana agak kepenatan, selepas makan malam, kami terus pulang ke hotel. Saya akan berkongsi lebih lanjut di entri seterusnya berkenaan Masjid Hadayatul Islam Banhaw dan Chiang Mai Night Bazaar. Walau bagaimana pun, masih sempat bersiar-siar seketika di Tha Phae Gate yang terletak berhadapan dengan hotel. Kami akan bermalam lagi esok di sini, jadi entri hari seterusnya akan menyentuh lebih lanjut pasal Tha Phae Gate.

Sebelum kembali beradu di hotel, bersantai seketika di dataran Tha Phae Gate. Terdapat aktiviti yang menarik perhatian di mana terdapat orang ramai termasuk pelancong sedang bermain tanglung terapung yang dilepaskan ke udara. Di Chiang Mai, aktiviti ini sempena Yi Peng Floating Lantern Festival, dirayakan atau menyambut bulan purnama pada bulan lunar yang ke-12 setiap tahun, yang biasanya penghujung November.

Menurut kepercayaan masyarakat di sini, pada bulan paling cerah adalah waktu yang terbaik bagi berdoa memohon harapan dan nasib yang lebih baik untuk tahun hadapan sambil melepaskan tanglung bercahaya ke langit. Ketika sambutan festival tersebut, beribu-ribu tanglung bercahaya dilepaskan ke udara menjadikan keadaan atau suasananya seperti ribuan obor-obor terapung dalam lautan.

Tanglung ini sebenarnya diperbuat dari kertas beras, yang memerangkap udara panas dari bahan api yang menyala, dan perlahan-lahan mula naik ke udara. Bagi pelancong, mungkin cuba berseronok dengan bermain keunikan tanglung yang oleh 'terbang' atau 'terapung' di udara dalam kegelapan malam.

Pokok hiasan krismas dengan kerangka bebola dihiasi menggunakan cakera liut (Compact Disc) di dataran Tha Phae Gate
Melihat ragam para pelancong yang mencuba keunikan tanglung yang boleh 'terbang' atau 'terapung'  di udara
Tanglung yang 'terbang' atau 'terapung'  di udara di dalam kegelapan malam

Bro Rahman turut mencuba keunikkan tanglung 'terbang'

Bro Rahman menunggu dengan sabar untuk melihat tanglungnya  'terbang'

Dibantu oleh gadis penjual tanglung supaya tanglung pada kedudukan betul, silap nanti hangus pulak

Akhirnya berjaya juga tanglung tersebut di 'terbangkan'

Bro Faiz sedang memberi tip kepada kumpulan pelancong ini bagi menerbangkan tanglung mereka.


Route dari Golden Triangle (Sok Ruak) - Chiang Kong - Chiang Mai




Kembali ke Hari 06    ⟺    Bersambung ke Hari 08

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy
Dinukilankan pada 8 Desember 2017

Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment