Thursday 1 February 2018

Ride Ke Koh Samui 2018 Hari02 Nakhon Si Thammarat - Koh Samui Bhg 1

RIDE KE KOH SAMUI 2018 HARI02 : NAKHON SI THAMMARAT - KOH SAMUI BHG 1

Hari 02 : Khamis 01/02/2018

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Catatan perjalanan hari kedua trip ride ke Koh Samui setelah menempuh perjalanan sejauh kira-kira 164 km dari Nakhon Si Thammarat hingga tiba di Koh Samui tidak termasuk jarak perjalanan feri dan juga semasa bersiar-siar santai di Koh Samui. Jumlah jarak perjalanan termasuk hari kedua hari kira-kira 851 km. Waktu dicatat berdasarkan waktu Thailand yang satu jam lebih cepat daripada Malaysia.


Itinerari

Itinerari asal hari kedua yang disediakan oleh Bro Fizi

Route dirancang dari Nakhon Si Thammarat ke Koh Samui



Bahagian 1: Nakhon Si Tammarat -  Don Sak Pier ke Koh Samui

Supachai Inn, Nakhon Si Tammarat
Swadikap, Salam Sejahtera dan Selamat Pagi Nakhon Si Thammarat!
Mendaftar keluar dan bergerak dari Supachai Inn dalam pukul 7:00 AM. Misi pertama mencari tempat untuk bersarapan pagi dahulu. Supachai Inn ada menyatakan menyediakan sarapan pagi di dalam lamannya, tetapi hanya sekadar kopi atau teh disediakan. Mengikut perancangan akan mencari kedai makan muslim sekitar Masjid Salahuddin yang terletak di Jalan Panead (Route 4016). Dari Google Street view, terdapat beberapa kedai makan halal/muslim  terletak di Jalan Tha Chang berdekatan Masjid Salahuddin tetapi tidak pasti samada dibuka atau tidak sebelah pagi. Oleh kerana saya seorang sahaja mempunyai GPS, maka akan mengemudi misi mencari tempat bersarapan pagi.

Bersiap dari Supachai Inn

Semalam masa naik parkir senang sahaja, tetapi masa hendak turun balik mahu terkial-kial hendak pusing motor

Sudah sedia bertolak dari Supachai Inn

Bergambar buat kali terakghir di depan Supachai Inn


Restoren Halal B.B Halal [N8.434125, E99.963825], Nakhon Si Tammarat
Akhirnya kami berjaya menemui sebuah kedai makan muslim / halal yang terletak di Jalan Sriprad secara kebetulan setelah disedari oleh Bro Fizi. Kisah pencarian agak kelam kabut juga akibat perubahan laluan apabila tertukar laluan dan juga apabila ada kelibat rider dibelakang yang tertinggal di persimpangan lampu isyarat atau tidak membelok.

Dari Supachai Inn, memasuki route 4012 Thanom Om Kai ke arah kanan sehingga bertemu lampu isyarat simpang empat, sepatutnya membelok ke kanan memasuki Jalan Pak Nakhon, tetapi sudah terlajak terus hingga terpaksa berpusing balik. Memasuki Jalan Pak Nakhon, kelihatan kedai makan malam semalan, tetapi tidak buka pagi ini. Meneruskan perjalanan menyusuri Jalan Pak Nakhon sehingga tiba di simpang Jalan Sriprad dan membelok ke kiri. Ketika berhenti untuk melihat rider-rider dibelakang, sudah tidak nampat kelibat Bro Jai, terpaksalah Bro Fizi berpatah mencari Bro Ja. Alhamdulillah, Bro Jai akhirnya muncul dihadapan saya. Kalau ikutkan jalan besar ke Masjid Salahuddin adalah melalui Jalan Ratchadamnoen di simpang hadapan lagi dari Jalan Sriprad. Ketika menyusuri Jalan Sriprad, Bro Fizi telah ternampak restoran halal B.B ini, pada waktu itu kami sudah pun melepasi restoran halal B.B. Jadi terpaksalah berpatah balik semula. Jalan Sriprad ini agak sempit walaupun dua hala, tetapi agak sibuk juga diwaktu pagi dimana kelihatan polis trafik mengawal lalulintas di setiap persimpangan utama namun terpaksa berhati-hati terutama penunggang-penunggang motorsikal yang tidak mengikut lampu isyarat.

Akhirnya dalam pukul 7:30 AM, kami tiba di restoran B.B. Pada mulanya kami parkir tepi jalan bersetentangan dengan restoran halal B.B, tetapi dimaklumkan oleh salah seorang pekerja restoran supaya tidak parkir disitu kerana kalau ada polis trafik lalu pasti kena saman. Sebaliknya beliau menunjukkan tempat parkir dilorong antara deretan bangunan kedai.

Restoran halal B.B menyediakan pelbagai sarapan pagi juadah tempatan termasuklah roti canai. Apa yang istimewa? saya mencuba nasi kerabu ala selatan Thai. Namun pekerja disini tidak boleh berbahasa melayu dialek selatan Thai. Jadi terpaksalah merujuk menu apa yang hendak di makan dan minum. Lokasi restoren halal B.B ini tidak terdapat dalam 'Google Map', tetapi dirujuk sebagai kedai aiskrim Mochi Milky. Mungkin dulu kedai ini merupakan kedai jual aiskrim, kerana tidak nampak kedai aiskrim di sini. Jumlah bayaran sarapan pagi untuk 5 orang kira-kira THB245@RM30, jadi setiap seorang dalam RM6. Kami bersarapan di sini dalam setengah jam, seterusnya bertolak ke Don Sak melalui jalan yang sama sebelum memasuki kembali route 4012 Thanom Om Kai.

(Tips: kalau nak order teh panas, charon. Nak teh ais, chayen. Teh tarik, chachak)




Tiba di restoren halal B.B terletak di  Jalan Sriprad, Nakhon Si Tammarat





Menunggu sarapan dihantar meja

Nampaknya nasi kerabu sudah sampai, yang order roti canai belum dapat.

Ini lah nasi kerabu siam ala selatan Thai yang menjadi sarapan pagi , teh pun boleh tahan manisnya. 


Rakaman Video




Route 401 dan Route 4014 PTT Khuan Thong,  Khanom, Nakhon Si Tammarat
Dari bandar Nakhon Si Tammarat, melalui route 4012 Thanom Om Kai, seterusnya memasuki route 401 (jalan ke Surat Thani) dan route 4014 (jalan ke Khanom) sehingga tiba di PTT Khuan Thong,  Khanom untuk mengisi minyak setelah menempuh perjalanan kira-kira 90 km dalam pukul 9:00 AM. Isian semula Gasohol 95 kira-kira THB340@11.80L@THB28.83/L (RM42.50@9.68L@RM3.60/L). Jarak yang ditempuh dari pengisian minyak terakhir dari PTT Ko Khan, Cha-uat kira-kira 165 km.

Mengisi minyak Gasohol 95, kerugian THB340.

Bacaan odometer 349.9 km dari BHP Bukit Kayu Hitam hingga ke PTT Khuan Thong,  Khanom, Nakhon Si Thammarat

Bacaan odometer sehingga tiba di PTT Khuan Thong,  Khanom, Nakhon Si Thammarat. Jumlah jarak sudah 841 km

PTT Khuan Thong,  Khanom, Nakhon Si Thammarat

Cafe Amazon pun ada di PTT Khuan Thong,  Khanom, Nakhon Si Thammarat


Route 4142 Jalan Khanom-Donsak
Dari route 4014 (jalan Ke Khanom) membelok masuk ke route 4142 (Jalan Khanom-Donsak) , dimana simpang tiganya hanya 5 km dari PTT Khuan Thong iaitu sebelum pekan Khanom. Perjalanan melalui route 4142 melalui kawasan kampung dengan ladang-ladang getah berlatarbelakang pemandangan berbukit terutama bukit-bukit batu kapur yang menonjol dari dataran lembah yang agak rata. Papan tanda sepanjang jalan menunjukkan terdapat beberapa kawasan rekreasi air terjun.



Raja Ferry Port Donsak
Setelah menempuh perjalanan kira-kira 20 km, tiba di simpang menuju ke Raja Ferry Port Donsak. Laluan sejauh 2 km melalui jalan konkrit sehingga tiba di kaunter pandu lalu membeli tiket feri dalam pukul 9:30 AM. Sebuah motor bersama rider dikenakan bayaran tambang THB240! Jadual feri ke Koh Samui pula pada pukul 10:00 AM. Nampaknya kami masih mengikuti masa seperti dalam itinerari asal.






Membeli tket feri di kaunter pandu lalu

Bergambar sekejap


Resit bayaran feri untuk 5 motor dan rider. Sebuah motor bersama rider dikenakan bayaran THB240

Tiket feri Donsak - Samui perkhidmatan Raja Ferry


Raja Ferry Don Sak Pier ke Koh Samui
Akhirnya, kami tiba di Don Sak Pier bagi perkhidmatan feri oleh syarikat Raja Ferry ke Koh Samui dan juga Koh Phangan. Oleh kerana kami tiba dalam 9:30 AM, bermakna kami ada masa menunggu kira-kira 30 minit lagi sebelum dibenarkan memasuki feri. Apa lagi semua pakat sibuk bergambar kenangan di sini. Maklumlah masing-masing baru pertama kali hendak ke Koh Samui.











Jentera-jentera diparkir menunggu di Raja Ferry Donsak Pier ke Koh Samui dan juga Koh Phangan 

Bergambar kenangan di Raja Ferry Donsak Pier ke Koh Samui 





Rider-rider bergambar kenangan di Raja Ferry Donsak Pier ke Koh Samui 

Rider-rider bergambar kenangan di Raja Ferry Donsak Pier ke Koh Samui 


Bro Fadzli pun hendak masuk dalam gambar juga.
Rakaman Video

Route perjalanan dari Nakhon Si Thammarat ke Don Sak Pier ke Koh Samui



Bersambung ke Hari 02: Bahagian 2: Don Sak Ferry Pier - Koh Samui
Kembali ke Hari 01: Bahagian 1: Kuala Lumpur, Malaysia - Dannok, Thailand
Kembali ke Hari 01: Bahagian 2: Dannok - Patthalung - Nakhon Si Tammarat

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy


Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

No comments:

Post a Comment