Thursday 1 February 2018

Ride Ke Koh Samui 2018 Hari02 Nakhon Si Thammarat - Koh Samui Bhg 2

RIDE KE KOH SAMUI 2018 HARI02 : NAKHON SI TAMMARAT - KOH SAMUI BHG 2

Hari 02: Khamis 01/02/2018

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Sambungan dari Bahagian 1: Nakhon Si Tammarat -  Don Sak Pier ke Koh Samui

Bahagian 2: Donsak Pier - Koh Samui
Catatan perjalanan dari Donsak Pier menggunakan perkhidmatan Raja Ferry ke Lipa Noi Pier, Koh Samui, seterusnya makan tengahari di Restoren Melayu Samui Seafood, Maret, Koh Samui. Waktu dicatat berdasarkan waktu Thailand yang satu jam lebih cepat daripada Malaysia.



Koh Samui
Koh Samui terletak di Teluk Thailand (Gulf of Thailand), kira-kira 35 km ke timur laut dari bandar Surat Thani. Ia merupakan pulau ketiga terbesar di Thailand, tetapi ada yang mengatakan kedua terbesar selepas Phuket. Koh Samui adalah pulau yang paling penting dalam Kepulauan Chumphon (Chumphon Archipelago). Antara pulau-pulau peranginan lain dalam Kepulauan Chumphon yang terkenal dengan pelancongan selain Koh Samui seperti Koh Phangan yang terletak di utara Koh Samui, dan disebelah barat Koh Samui terdapat gugusan 44 buah pulau di mana terletaknya Taman Negara Mu Ko Ang Thong yang boleh dilawati dengan bot dari Koh Samui.

Dari sudut geologi pula, Koh Samui terbentuk hasil dari penumpukan (intrusi) batuan granit yang terbentuk dari penyejukan magma kira-kira 250+ jutaan tahun yang lalu pada kedalaman kerak bumi atau dibawah permukaan bumi. Penumpukan batuan granit ini akan menaikan aras mukabumi sekitarnya. Ianya proses yang sama membentuk Segenting Kra dan juga Semenanjung Melayu dengan Banjaran Titiwangsa. Hari ini di seluruh Samui, terutamanya di sepanjang pantai kelihatan singkapan batuan granit terutama antara Lamai dan Chaweng.

Bahagian tengah Koh Samui masih diliputi hutan tropika semulajadi, dimana gunung tertinggi adalah Khao Pom, yang mencapai ketinggian 635 meter. Kawasan tanah rendah dan pantai dihubungkan dengan Route 4169, yang merupakan jalan sejauh 51 km, mengelilingi sebahagian besar pulau Samui terutamanya laluan sepanjang pantai. Banyak jalan-jalan konkrit dibina dari Route 4169 ke kawasan-kawasan lain.

Selain pengangkutan udara untuk ke Koh Samui, terdapat beberapa perkhidmatan feri yang menghubungkan pulau itu dengan tanah besar. Dua syarikat feri utama yang membawa kenderaan dan penumpang ke Koh Samui adalah Raja Ferry dan Seatran Ferry yang menghubungkan Donsak (Surat Thani) ke dermaga di barat pulau iaitu di dermaga Lipa Noi (bagi Raja Ferry) dan di dermaga Nathon (bagi Seatran Ferry).



Raja Ferry Donsak Pier ke Lipa Noi Pier, Koh Samui.
Dalam pukul 10:00 AM, kami diberi isyarat untuk memasuki feri ke Koh Samui, tetapi petugas trafik mengarahkan untuk menunggu. Mungkin kerana kekeliruan yang menyangka kami akan menaiki feri ke Koh Pangan. Memasuki bahagian dalam feri, terdapat petugas yang mengarahkan ke tempat parkir untuk motor di bahagian tepi feri. Parkir motor elok-elok dan masukkan gear. Petugas feri akan menyendal motor dengan bongkah kayu dan juga mengikatnya dengan tali yang diikat pada dinding feri. Perjalanan feri ke Koh Samui mengambil msa selama 1 jam 30 minit dan akan berlabuh di dermaga Lipa Noi, Koh Samui.

Feri ini agak lama tetapi besar juga dimana tempat duduk penumpang bertutup di bahagian dek ke-2 yang berhawa dingin dengan siaran TV dan juga terdapat kafe kecil. Jadi boleh duduk berehat, minum-minum, sebelum tiba di Koh Samui. Selepas berehat seketika, semua mula merayau-rayau menjelajah sekitar feri. Kiri kanan dek penumpang terdapat tempat melepak. Boleh naik ke dek atas sekali dengan tempat duduk terbuka untuk merasa angin sepoi sepoi. Cuaca hari ini baik, dimana lautan agak tenang dan perjalanan feri pun agak stabil. Oleh kerana trip pertama ke Koh Samui, semua pakat sibuk bergambar semasa atas feri kecuali Bro Hassan agak santai menikmati pemandangan menarik yang disajikan.

Antara pemandangan menarik dari laluan feri ini adalah melihat gugusan pulau-pulau yang membentuk Kepulauan Chumphon (Chumphon Archipelago). Bahagian hadapan dapat melihat Koh Samui, manakala bahagian belakang Donsak dengan pulau-pulau kecil berhampirannya. Manakala sebelah kanan laluan, atau arah utara, kelihatan gugusan pulau-pulau kecil yang menonjol berdiri tegak dan juga pulau-pulau yang lebih besar di belakangnya dimana terletaknya Taman Negara Mu Ko Ang Thong yang menjadi destinasi popular pelancong yang datang ke Koh Samui.

Habis sesi bergambar kembali semula ke dek penumpang untuk berehat dan juga mengecas telefon dan kamera. Ketika menghampiri dermaga Lipa Noi, sempat bergambar dulu ketika bersiap sedia ke parkir motor. Apabila feri sudah berlabuh, maka bermulalah perjalanan di Koh Samui, destinasi utama yang menjadi objektif kembara dua roda kali ini.





Versys diparkir dan diikat dengan tali juga disendal dengan bongkah kayu.

Bro Jai sempat hendak bergambar dulu dengan Streetfighter

Hanya ada motor grup kami dengan sebuah harley sahaja

3 buah lagi sebelah satu lagi. Ambil gambar dulu

Berehat di dek penumpang yang berhawa dingin











Tempat duduk terbuka bahagian belakang di dek atas sekali

Pemandangan arah belakang feri (Donsak)

Pemandangan arah hadapan feri (Koh Samui)

Pemandangan arah belakang feri (Donsak)

Pemandangan arah belakang feri (Donsak)

Pemandangan arah hadapan feri (Koh Samui)

Bergambar kenangan di dek terbuka atas Raja Ferry

Melihat pemandangan sebelah kanan feri (arah utara) dengan gugusan pulau-pulau kecil

Pemandangan sebelah kanan feri (arah utara) dengan gugusan pulau-pulau kecil

Menghampiri Koh Samui

Antara feri-feri milik syarikat Raja Ferry yang berlabuh di dermaga Lipa Noi.

Bergambar kenangan ketika feri berlabuh di dermaga Lipa Noi.

Bergambar kenangan ketika feri berlabuh di dermaga Lipa Noi.



Lipa Noi Pier, Koh Samui.
Welcome to Samui! Dalam 11:30 AM, selamat tiba di dermaga Lipa Noi, terletak di sebelah pulau Samui iaitu tempat berlabuhnya perkhidmatan Raja Ferry. Sempat berhenti seketika sementara menunggu Bro Jai yang baru hendak bersiap.






Ambil gambar dulu di Lipa Noi Pier sementara menanti Bro Jai bersiap

Bro Jai sudah siap untuk bergerak.

Sekejap, saya ambil gambar swafoto dulu

Lipa Noi Pier, Koh Samui - Restoren Melayu Samui Seafood, Maret, Koh Samui.
Dari Lipa Noi Pier akan menuju ke restoren Melayu Samui Seafood terletak di Maret untuk makan tengahari terlebih dahulu. Keluar dari Lipa Noi Pier, Samui International Port melalui jalan berkonkrit dengan penempatan penduduk setempat sebelum memasuki laluan utama iaitu Route 4169. Ada dua pilihan sebenarnya, sama ada menggunakan Route 4169 atau 4170. Route 4170 agak jauh sedikit kerana jalan ini akan ke arah selatan pulau dulu memasuki Taling Ngam, sebelum tiba ke Maret.

Ianya sesuatu pengalaman baru apabila menunggang di Route  4169 di mana halaju untuk motorsikal disyorkan pada 30 km/j. Walaupun kenderaan seperti lori dan kereta bergerak perlahan tetapi tetap kena berhati-hati dengan penunggang-penunggang motorsikal kecil yang mencilok kiri dan kanan terutama ditunggangi para pelancong dan juga semasa jalan menjadi sibuk apabila ada kenderaan bergerak perlahan atau berhenti untuk membelok.

Menghampiri Hua Thanon, Maret iaitu jalan masuk melalui Hua Thanon Wet Market untuk ke Restoren Melayu Samui, terletak betul-betul di selekoh, jadi untuk keselamatan rider-rider dibelakang, saya terus lajak ke hadapan sebelum membuat pusingan balik berhadapan Guan Yu Shrine untuk kembali ke jalan masuk melalui Hua Thanon Wet Market. Jalan berkonkrit yang agak sempit dengan terdapat pasar-pasar atau kedai-kedai pada permulaannya sebelum memasuki kawasan penempatan.  Kemudian tiba di Masjid Nurul Ihsan, menandakan restoren Melayu Samui Seafood sudah tidak jauh lagi.

Di kawasan sekitar Masjid Nurul-Ihsan merupakan perkampungan orang muslim di Hua Thanon, lebih dikenali sebagai Muslim Village atau Malay Village. Terdapat kedai-kedai peniaga muslim menjual makanan halal bermula dengan sarapan pagi. Kawasan ini merupakan kawasan penempatan komuniti Melayu, terutama melayu Samui. Dikatakan nenek moyang mereka merupakan penduduk asal Koh Samui, iaitu nelayan yang berasal dari Segenting Kra atau Semenanjung Melayu (keturunan Melayu Pattani) yang menjadikan Koh Samui sebagai tempat berlindung ketika ke laut. Di Hua Thanon ini sebenarnya terdapat banyak kedai-kedai makan halal muslim.



Peringatan dari abang polis supaya memakai topi kalendar

Ada kedai makan halal muslim dekat pintu masuk Lipa Noi Pier

Terdapat gerai menjual buah durian


Kawasaki Koh Samui










Restoren Melayu Samui Seafood, Hua Thanon, Maret, Koh Samui.
Dalam pukul 12:00 PM, kami tiba di restoran Melayu Samui Seafood (Tel: 081 3974090 / 089 9751165; Waktu beroperasi: 9 pagi - 10 malam) yang terletak di 366/1 Muslim Village, Hua Thanon, Maret setelah menempuh perjalanan kira-kira 13 km. Dalam banyak-banyak kedai makan halal dalam senarai, kami memilih untuk makan tengahari di sini dek kerana popularitinya. Kalau dilihat dalam restoran ini, ada banyak ‘sticker’ persatuan, grup motor dan badan-badan tertentu terutama dari Malaysia yang pernah singgah di sini untuk menjamu selera. Restoran ini antara restoran Halal Muslim terkenal di Koh Samui dan juga dikalangan grup-grup bikers. Sebenarnya, restoren Melayu Samui Seafood bukan sekadar restoren atau tempat makan, ianya juga menawarkan tempat penginapan berupa chalet-chalet.

Ramai yang mengesyorkan restoren ini kerana menu sajian makanan laut yang sangat sedap dengan harga yang berpatutan. Ada juga rakan-rakan yang memberi tahu, restoren ini semakin mahal harganya berbanding kedai-kedai makan lain sekitarnya. Ada yang mengatakan harga yang dikenakan lebih murah berbanding lokasi restoran di sekitar Pantai Chaweng. Apa pun, ianya kunjungan pertama kami di sini, sudah tentu ingin mencubanya buat kali pertama. Lagi pun, pengusahanya Melayu Samui beragama Islam, meskipun mereka warga Thailand. Kedatangan kami disambut oleh saudara Zakaria, pengusaha restoren ini yang bertutur dalam Bahasa Melayu Pattani. Saudara Zakaria turut berkongsi dengan kami dengan kemudahan penginapan yang disediakan di Melayu Samui Seafood Restaurant and Resort. Beliau juga mencadangkan kami mencuba perkhidmatan Seatran Ferry pula apabila hendak pulang kelak. Menurut beliau, feri Seatran lebih baru, besar dan selesa.

Dari menu disediakan, terdapat pelbagai pilihan termasuk udang, ketam, sotong, ikan dan juga sajian seafood lain ditawarkan.  Menu pilihan makan tengahari kami agak ringkas, iaitu ikan asam pedas Thai (kaeng som), udang dan kerabu, tetapi tidak menghampakan, citarasa kampung tetapi merupakan menu asli masakan Thailand. Ikan kering sebagai pembuka selera. Tapi kalau tiada sambal belacan bersama mentimun dan kacang panjang, maka tidak lengkaplah hidangan utama kami. Jumlah bayaran makan tengahari untuk 5 orang kira-kira THB1330@RM166, jadi setiap seorang dalam RM33.


Restoran Melayu Samui Seafood yang terletak di 366/1 Muslim Village, Hua Thanon, Maret

Menunggu makan tengahari di siapkan



Menunggu makan tengahari di siapkan dan bersembang dengan saudara Zakaria, pengusaha restoren

Bergambar kenangan di Restoren Melayu Samui Seafood, Hua Thanon, Maret, Koh Samui.

Bergambar kenangan di Restoren Melayu Samui Seafood, Hua Thanon, Maret, Koh Samui.

Info berkenaan Masjid Nurul-Ihsan
Bersama saudara Zakaria
Bergambar bersama saudara Zakaria, pengusaha restoren Melayu Samui Seafood

Bergambar bersama saudara Zakaria, pengusaha restoren Melayu Samui Seafood

Di dalam restoren terdapat banyak ‘sticker’ persatuan, grup motor dan badan-badan tertentu terutama dari Malaysia yang pernah singgah di sini






Barisan jentera yang berehat di Restoren Melayu Samui Seafood

Barisan jentera yang berehat di Restoren Melayu Samui Seafood

Restoren Melayu Samui Seafood, Maret - Chaweng, Koh Samui.
Setelah selesai makan tengahari, meneruskan perjalanan ke Pantai Chaweng, kira-kira 14 km dari sini untuk ke tempat penginapan di Chaweng SKYBAR Hotel. Kembali semula ke Route 4169 menuju ke Chaweng dan membelok masuk ke Jalan Suan Uthit. Tiba di Chaweng SKYBAR Hotel yang terletak berdekatan dengan persimpangan Jalan Soy Koy. Agak keliru juga, kerana lobi hotel sebenarnya berada di jalan sebelah belakang.










Video


Route perjalanan dari Lipa Noi - Melayu Samui - Chaweng Skybar Hotel




Bersambung ke Bahagian 3: Ride Santai Bo Phut Tour, Koh Samui

Kembali ke Hari 02: Bahagian 1: Nakhon Si Tammarat -  Don Sak Pier ke Koh Samui
Kembali ke Hari 01: Bahagian 1: Kuala Lumpur, Malaysia - Dannok, Thailand
Kembali ke Hari 01: Bahagian 2: Dannok - Patthalung - Nakhon Si Tammarat

Terima kasih kerana melayari blog ini.

Wassalam,

Fauzy


Follow@Twitter:  
View web version if you have problem in viewing mobile version

4 comments:

  1. salam tuan trip yang menarik
    terima kasih di atas perkongsian pengalaman.

    saya ingin bertanya harga tiket ferry utk membawa motorsikal.
    inshaAllah next year saya dan rakan2 akan ke sana bermotorsikall

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      Terimakasih sudi singgah. Harga tiket untuk motor dah rider sahaja THB240, pergi naik Raja Ferry, balik dengan Seatran Ferry.

      Harga tiket untuk Raja Ferry boleh check di sini https://www.rajaferryport.com/
      Harga tiket untuk Seatran Ferry boleh check di sini http://seatranferry.com/

      Semoga membantu.

      Delete
  2. I read your blog post. Great information! This information is useful for traveler and tourist. Thanks for sharing such a good information. Cheers!

    Book your online Ferry tickets in Thailand

    ReplyDelete